Adab Berguru




Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:

·         -Merendah diri terhadap guru.
·         -Memberi salam dan sentiasa menghormati guru.
·        - Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
·         -Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
·         -Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
·         -Carilah masa yang sesuai untuk bertanya.
·        - Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
·         -Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
·         -Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
·         Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
·        - Bercakap dengan baik dengan menggunakan bahasa yang baik, lembut, sopan.
·       -  Meminta izin guru sebelum memasuki rumah atau tempat yang khusus bagi guru.
·         Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
·        - Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
·        - Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.




Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

No comments:

Post a Comment