Sunday 8 May 2016

Pengenalan



Bismillahhirohmannirrohhim..
Assalammualaikum wbt kepada pembaca yang dimuliakan...

Perguruan Karomah Wali merupakan perguruan yang mengajarkan pelbagai cabang ilmu spiritual dari peringkat dasar, pertengahan, istimewa, Guru, Mahaguru, Mahaguru super, pamungkas sehinggalah tahap sesepuh. Perguruan Karomah Wali dipimpin sepenuhnya oleh Ki Ageng Jaka Tingkir selaku mahaguru perguruan dan pengasas Perguruan Karomah Wali. Ki Ageng Jaka Tingkir merupakan seorang pengamal ilmu spritual yang berpengalaman puluhan tahun dan telah berguru dari puluhan perguruan di nusantara. Beliau amat menitikberatkan nilai adab dalam menuntut ilmu khususnya ilmu spritual yang mementingkan disiplin ilmu yang tinggi. Segala keilmuan yang dikembangkan/diajarkan di perguruan karomah wali merupakan keilmuan asli para waliyullah khususnya wali songo sehingga ianya dapat dibuktikan/dirasakan/diuji dalam kehidupan seharian.


Kini, Perguruan Karomah Wali membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat yang berminat serius mahupun yang awam, berbakat mahupun tidak, asalkan ada usaha dan kesungguhan ingin memperbaiki diri, keluarga dan insan tersayang ke arah yang lebih positif, pihak kami sedia membimbing anda mendalami dan memahami konsep ilmu spiritual yang tidak ternilai manfaatnya. Di sini kami bukakan rahsia keilmuan yang menjadi handalan para waliyullah khususnya buat para siswa/siswi Perguruan Karomah Wali yang mana rahsianya tiada pada perguruan lain di Malaysia mahupun di Indonesia.



Perhatian : Sebelum anda mengikuti suatu program keilmuan, pastikan anda telah membaca keseluruhan maklumat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Sebarang pertanyaan haruslah berhubung langsung kepada Ki Ageng Jaka Tingkir pada butang "Hubungi kami".



No comments:

Post a Comment